July 24, 2008

waah..entry kali ni...hako nk citer pasal buasir plak..tips kesihatan yuoop..ok uols..kiter blajar pasal buasir ari ni...so kiter teruskan pembelajaran kiter occays..

Buasir ialah saluran darah venus yang mengembang dan bengkak di sekitar dubur. Ada dua jenis buasir yang utama iaitu:

  • Buasir dalam. Ia berlaku di bawah kulit, betul-betul di luar pembukaan dubur. Ia mungkin akan menyebabkan sakit dan rasa gatal, terutamanya semasa pembuangan air besar. Buasir jenis ini agak lembut (jika dipegang dengan tangan). Ia selalunya berbentuk bulat, berwarna purple.

  • Buasir luar. Buasir jenis ini berlaku di bahagian dalam rektum. Selalunya buasir jenis ini tidak sakit. Penderita buasir jenis ini hanya akan menyedari masalah yang menimpanya bila terdapat darah yang keluar dari duburnya.

Sesetengah pesakit mengalami buasir dan luka manakala sesetengahnya hanya menderita akibat anal fissures tersebut. Thrombotic haemorrhoids (sekiranya darah di dalam saluran venus yang membengkak ini menjadi beku), pesakit mungkin akan mengalami pendarahan (tidak kira sama ada buasir dari jenis dalaman atau luaran). Sakit yang dialami oleh penderita thrombotic haemorrhoids ini selalunya menjadi semakin teruk bila adanya irritasi atau pertambahan tekanan (contohnya bila batuk).

Sebab-sebab berlakunya buasir

  • Tekanan (pressure)

Saluran darah venus di bahagian anus dan rektum adalah sangat sensitif terhadap tekanan. Pertambahan tekanan ini boleh menyebabkan buasir. Sebenarnya buasir hanya berlaku pada manusia sahaja kerana manusia secara azalinya berdiri di atas dua kaki. Ini memberikan tekanan kepada saluran venus di kawasan dubur sebanyak tiga kali ganda berbanding apa yang dialami oleh binatang-binatang lain yang berjalan menggunakan empat kaki.

Di samping itu, tekanan di dalam perut yang menyebabkan pertambahan tekanan di bahagian dubur juga adalah faktor utama berlakunya buasir.

  • Duduk atau berdiri dalam jangka masa yang terlalu lama

Orang yang selalunya terpaksa duduk atau berdiri dengan lama lebih berkemungkinan untuk mendapat penyakit ini. Berdiri akan menyebabkan berlakunya peningkatan dalam tekanan, menyebabkan saluran venus membengkak atau terkeluar.

  • Sembelit

Najis yang besar dan kering memerlukan teranan yang kuat untuk membuangnya. Ini menyebabkan berlakunya peningkatan tekanan pada salurang venus di bahagian dubur, menyebabkannya membengkak dan menjadi buasir. Sekiranya ada buasir dalaman pada masa tersebut, ia mungkin akan ditolak keluar.

  • Berat badan berlebihan

Berat badan berlebihan memberikan tekanan yang lebih kepada saluran venus.

  • Mengandung

Mengandung adalah penyebab utama buasir kepada wanita muda. Ia berlaku bila adanya tekanan yang meningkat disebabkan oleh rahim yang membesar. Di samping itu, bekalan darah wanita yang mengandung sememangnya meningkat lebih daripada biasa. Ini dengan sendirinya memberikan sedikit tekanan kepada saluran venus. Hormon yang hadir semasa wanita mengandung pula menyebabkan otot-otot menjadi lebih "relax", dan ini memburukkan lagi keadaan. Ditambah pula dengan fakta bahawa proses mengandung itu sendiri selalunya menyebabkan berlakunya sembelit. Wanita yang mengandung perlu meminum air yang banyak untuk membantu mengurangkan masalah ini.

Adakah buasir penyakit keturunan?

Tidak ada bukti yang sahih menyatakan bahawa buasir adalah penyakit yang diwarisi. Bagaimanapun ada keluarga yang nampaknya lebih cenderung menghidap penyakit ini berbanding keluarga lain. Ini berlaku mungkin kerana pemakanan yang diamalkan oleh sesebuah keluarga tersebut.

Adakah buasir akan menyebabkan kanser?

Buasir tidak menyebabkan kanser atau bertukar menjadi kanser. Haruslah diingat bahawa pendarahan di bahagian dubur mungkin bukan disebabkan oleh buasir sahaja. Pendarahan mungkin adalah sebagai tanda awal penyakit kanser usus. Adalah sangat mustahak untuk anda membuat pemeriksaan lanjut sekiranya berlaku pendarahan di bahagian dubur anda, atau bila anda mendapati najis anda menjadi merah atau hitam (darah telah bercampur dengan najis).

Pencegahan

  • Pemakanan yang sihat

Pemakanan yang sihat terutamanya yang mengandungi serat yang tinggi akan mengurangkan risiko berlakunya sembelit.

  • Pengambilan ubat laxative

Ubat laxative terutamanya bulk laxative bertindak sama seperti pengambilan serat yang tinggi. Ia akan memudahkan pembuangan air besar tanpa perlu melakukan teranan yang kuat.

  • Senaman

Senaman yang kerap dan berjadual akan memberikan "tone" yang sihat kepada otot-otot yang berkaitan. Ini mengurangkan lagi risiko menghidap buasir.


so arap sume faham apakah ittew buasir..n kepada sesape yg ade buasir tu..sila berjumpa dgn doktor yang berada di spital ittew sekarang jugak..jgn biarkan masalah ini makin membesar..occays.sy jugak arap kowang cepat sembuh..sakit wei kena buasir ni...nak buang air besau susah..(cam adew pengalaman plak hako ni..hiks.)so..jangan lupew..jugak..makanan pedas tu..lau bole.elakkan la....actoli..makanan pedas memg sedap..ittew sy akui...tp lau bole..elakkan la..lau nak sgt...ambik dalam kuantiti yg sikit..yg terlampau obes sgt k mkn pedas ittew..mm n 1 ag..minuman bergas tu a.k.a berkabonat..lau bole jugak...jangan lar selalu minum tuh..mm buasir ni..kite kne elakkan dari sekarang oit...jgn tgu dia dtg..bru nk terkais2..(btul ka ayat ni??)


katenye:elakkan makanan pedas dan minuman berkabonat...

9 comments:

eleza737 said...

semoga penyakit buasir ko pulih secepat mungkin

kizari said...

waah ling..aku ka?hiks..aku ade buasir ka?pape pown.10q ea..

cik temah said...

okf ada sebb lain gak punca buasir tau... hahaha... kena LIWAt! wakakaka... x caya tnya riana.. ooopss! larikkkkkkkkkkkkk...
waaakakakaka ...


ni apa kes entry pasal buasir ni... ker okf yg kena buasir ni? kalu betul akak ada kenal org ubat buasir ni... nk cuba x?? hiks!

kizari said...

wah...hiks..LIWAT...ekeke..mane riana ni?nk tnye dia ni...hiks...kejorrrrrrrrrrrrrr....

mm saje je..xde idea..hiks...mm yup kne...tp jarang2..jap ade..jap xde...ooppsss...hiks..larikkkkk..

Anonymous said...

ooiiiiiittttttttttttt................... asal tanya aku lakkkkkk????
aku ok je. sihat walafiat ni. lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiik!!!!!!!

Miss Reen said...

hahahahaha
aku nye berak sgt ok..
tiada masalah..
sehari berak 2-3 kali..
lancar kan sistem lawas aku!

kizari said...

riana:hiks...akak ann suh tnye ko..hiks..btul ka tuh??hiks!

akak reen:waah..ok..hiks..siap tulis tu bape kali berak..hiks..mm tp kn..lau sari xberak @ dlm sari tu..org tu berak terlampau byk(lebh dr 5 kali sari..).mmg sah..org tu sakit..so sila jmpe doktor....

Fifiey82 said...

wakakakka liwattttt

kizari said...

hiks...syuup..tentiam..sian...ahaks..