November 9, 2008

“Kalau saya mati, awak kahwin lagi tak?”

assalamualaikum..
td..ngah xde idea nk buat keje..aku baca la paper..huhu..baca kat mymetro....klik2..ternmpak tajuk ni...huhu..fuss.... :-O soklan ini mmbuat aku terpaku seketika..if pasangan kita tnye camtu camne?? :( btw..1st yg akan aku ckp ialah..honey..pls dun said like dat...bout die.....only Allah know it...benda camni..kita tataw syg...then aku ckp lg...jodoh..ajal maut..sume di tangan tuhan....jgn tnye lg k....pastu..lau aku yg tnye dia...then dia diam..aku ckp....if i da xde..u nk kawen tu it up to u honey..xkan u nk setia dgn i smpai ujung nyawa u??ajal maut ditgn tuhan...huhu..ini kater aku lah....xtaw lak kowang...btw...aku btul2 terharu baca kesah ni.... :( kowang baca lahh...



MELAKA: “Kalau saya mati, awak menangis tak? Kalau saya mati, awak kahwin lagi tak?” itu kata-kata yang sempat diluahkan Allahyarham Mohd Hailmi Ishak, 25, kepada isterinya, Norshahirah Zamrin, 23, sehari sebelum meninggal dunia apabila tangki gas memasak yang diubah suai menjadi tangki gas asli kenderaan (NGV) yang dipasang pada vannya tiba-tiba meletup, malam kelmarin.

Mangsa yang berasal dari Kampung Parit Yusof Laut, Parit Sulong, Johor Baru, mendirikan rumah tangga bersama Norshahirah yang berasal dari Telok Mas, dekat sini, awal Julai lalu.

Isterinya juga baru kelmarin disahkan mengandung dua bulan. Bapa mentua mangsa, Zamin Ibrahim, 50, berkata anak keduanya memberitahunya mengenai perubahan yang ditunjukkan allahyarham.

“Anak saya Norshahirah baru disahkan mengandung dua bulan ketika pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan, tetapi arwah tahu isterinya hamil walaupun belum pergi membuat pemeriksaan.

“Saya jumpa arwah dua hari lalu ketika dia datang ke tempat saya berniaga. Waktu itu arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan.

“Anak saya sempat memaklumkan, suaminya bertanya sama ada dia akan menangis atau tidak kalau dia meninggal dunia dan adakah dia akan kahwin lain nanti kalau dia meninggal dunia.

“Anak saya hanya menangis selepas ditanya mengenai perkara itu oleh arwah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di bilik mayat Hospital Melaka, semalam.

Mohd Hailmi meninggal dunia selepas kaki kirinya hancur dan perut terburai selepas tangki gas memasak yang diubah suai menjadi tangki gas asli kenderaan (NGV) yang dipasang pada vannya tiba-tiba meletup.

Ketika kejadian, dia bersama abangnya Mohd Rosli, 30 dan rakannya, Razali Md Zin,31, mengisi gas di sebuah stesen NGV di Jalan Datuk Seri Md Zin Abd Ghani, Batu Berendam, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.51 malam itu, Rosli dan Razali melecur dan kini dirawat di Hospital Melaka (HM).

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, turut meluangkan masa tengah hari semalam untuk menziarahi jenazah serta dua mangsa yang cedera dalam kejadian itu.
Katanya, mereka berkahwin pada 5 Julai lalu dan usia perkahwinan mereka baru mencecah empat bulan dua hari.

al fatihah buat arwah...semoga rohnya dicucuri rahmat...dan diletakkn didlm golongan org2 yg soleh dan solehah..amin....kpd isteri arwah..byk2kn bersabar ye kak..tambah2 dalam keadaan yg berbadan 2...byk dugaan dan hikmahnye...

ok..c nex entry...hauhau...assalamualaikum....

8 comments:

sixnebess said...

erk..sedey banget .. baru kawen 4 bulan..isteri hamil pula..ya allah!!besarnyaa dugaan DIA pdsi isteri..isk2!xleh baca news mcm ni..takut..!!mcm dunia ni da x selamat.;( TAKZIAH PD FAMILI MANGSA.
sekian..:(

fazrin2211 said...

Ya Allah ya tuhan ku, selamatkanlah diriku dan kawan2 ku dari kecelakaan sebegini. amin

okfind88 said...

adik : tu la..betapa hebatnya kuasa Allah..dimana2 tidak selamat di dunia ini..so..kita kne berhati2...huhu...

faz : amin..semoga doa ini dimakbulkan..amin..aku pown sama..semoga tuhan menjauhi segala badai dan kecelakaan buat diriku...keluarku..dan sahabat handai ku..amin.

shaofie said...

my godness!!
takot glr bile dgr cite cm tuh...
tp ape kes dier letak gas memasak kat ngv??bahaya tao..
siyes bahaya..
ikot kimianyer,due2 tu xleh mix coz leh hasilkan bhn letupan..
btw,takziah kat kuarge mangsa..
aku bru igt nk kawen umor 25thn..
cam terpaksa postpone je..
tp tkot 'dia kawin laen if xsempat nikah je' huhuhuh..
renung2 kn dan selamt beramallll..

suez said...

TIADA LAGI

:-(

okfind88 said...

sopi : nah kan..aku pun takot..aku pown tataw la nape arwah wat camtu..maybe dia nk cuba ke ape..we dunno..huhu..btw..awl ko nk kawen ek???pe cer nk postpone ni??huhu..hauhau..len benor maksud ko tuhh..tajammmmm..hiks..selamat..

suez : nape??

suami nakal said...

suami nakal: kalau saya takde, awak kawin la lagi, tapi kalau awak takde dulu, saye pun nak kawen lain gak..muahahaha

okfind88 said...

suami naka : waah...muehehe...nakal ko ek suami...