August 7, 2008

hati2...barah hati....aduya..

Mm minggu ni sebb ati hako xbape occays sgt..tambh2 lagik attiey ku ini yg xkeruan….so nk cite rr pasl barah ati ni…hiks…Barah hati??ape tuh?

Nama barah diambil sempena nama bahagian barah itu tumbuh. barah hati terjadi apabila sel-sel hati berubah dan menjadi malignan. barah hati ini juga dikenali sebagai hepatoma. Ia berasal dari hati bukan hasil perebakan (metastasis). Metastasis terjadi apabila sel-sel barah yang berasal dari bahagian lain dalam tubuh manusia merebak ke bahagian hati. Barah hati selalunya terjadi pada seseorang yang dalam lingkungan 40 hingga 50 tahun. Menurut kajian kaum lelaki lebih banyak mendapat penyakit ini berbanding kaum perempuan. Tumor hati primer iaitu tumor yang bermula dari tisu hati itu sendiri boleh di bahagikan kepada 2 iaitu:-

  • tumor benigna - Adalah lebih biasa berlaku berbanding dengan tumor hati malignan, Ianya termasuk hemangioma, adenoma dan hiperplasia nodul fokal.
  • tumor malignan hati - Termasuklah hepatoma (barah hati primer), barah kolangioselular, gabungan barah hepato-kolangioselular dan angiosarkoma.

Antara faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu mendapat barah hati ialah:-

  • Pembawa penyakit Hepatitis B - pembawa penyakit ini lebih berisiko tinggi mendapat barah hati jika mereka mempunyai virus yang boleh merosakkan hati.
  • ketagihan alkohol - kebiasaan mereka yang ketagihan alkohol lebih banyak dikaitkan dengan penyakit barah hati.

Antara gejala yang sering dihadapi oleh pesakit ialah:-

  • sakit di bahagian abdomen
  • susut berat badan
  • hilang selera makan
  • demam yang tidak diketahui puncanya
  • busung

Jika penyakit barah hati ini tidak di rawati dari peringkat awal berkemungkinan ia boleh merebak ke bahagian badan yang lain.

So…mm arap kowang jaga kesihatan kowang k..jaga diri sendri….lau kowang x jge diri sendri..sape lg nk jaga..tyme shat camni la kite jaga diri2 kita..mm nnti sakit..baru ade org akan jaga kita…hiks..tu pown lau durang nk jaga..so..from now…plz take action..thiz 4 ur health..jaga kesihatan kowang skun occays…mm bg yg baru putus shenta tu..like me…aduya..aku ka??mm take tyme to accept sume nieh..jan cpt nk melatah like bunuh diri…aduya..jan la wat camni…sian ur famili taw….durang byk berjasa pd kita….so..kita lak yg perlu berjasa tuk durang occays…bye..nnti len kali..hako akn post ag pasl penyakit len…

P/s: jika kowang ade gejala cam yg hako senaraikn diats..sila2 lah jumpe doktor di hospital…plz…coz..jan biarkn ia..sila2 la jmpe doktor..lau terlambat..bahye taw..mesti di rawati dr peringkat awal..sayang uols..ingat..jumpe doktor yg bertauliah..since skun ni..cam2 kes ade..aduya…syg uolss lagik..hiks..

No comments: