KOTA BHARU - "Ambo (saya) kenal orang (suspek) itu."
Itulah yang dibisikkan oleh pelajar, Ahmad Mustakim Ariff Jusoh, 17, yang terputus pergelangan tangan akibat ditetak oleh kenalannya 20 Oktober lalu.
Ia dibisikkan kepada ibunya, Tuan Mariam Raja Hamat, sebaik sahaja keluar dari Unit Rawatan Rapi dan ditempatkan ke Wad Zamrud Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada 11 pagi semalam.
Kelmarin, Ahmad Mustakim Ariff dari Kampung Wakaf Mek Zainab di sini terputus pergelangan tangan ditetak oleh seorang lelaki yang dikenalinya ketika bermotosikal untuk membeli burger di gerai tidak jauh dari rumahnya kira-kira pukul 12 malam.
Dalam kejadian tersebut, Ahmad Mustakim ditetak oleh dua orang dari belakang dengan menggunakan senjata tajam, menyebabkan pergelangan tangan kanannya putus serta cedera parah pada beberapa anggota tubuh badan lain.
Dia menyelamatkan diri dengan pulang ke rumah sambil membawa tangannya yang terputus dalam bakul motosikal yang ditunggangnya.
Tuan Mariam memberitahu, anaknya yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi sebelum ini bagi menjalani pembedahan untuk menyambung semula pergelangan tangannya kini berada dalam keadaan stabil.
p/s: berhati2 xkira dimane anda berada..kalau boleh...jgn bergerak sorang2...lau bole..ber2 @ selebeynye...aku pown lau g mane2..slalu bwk member..xde bran wei jln sorang2...korang pown..jgn jln sorang2 taw..bahye..musuh kita ade dimane2..xkira lelaki ke puan...so..utk mengelakkn benda yg xdiingini berlaku...better jika kita elakkan dulu benda ni kann..sblm nasi menjd bubur..fikir2 kan lah..jagalah diri anda utk keselamatan anda...igtlh org yg tersyg...wasalam
5 comments:
yerp..kena hati2 la ngn owg skg ni..harus kena ada kwn nk p mana pun..even p tandas...wahh!
Kesiannya dia, cilaka betul org tu. Ya...kamoo hati2 la ya, elakkan jalan kat tempat yg sunyi.
to pepo: ke tandas pown nk kne berteman ke??harus la kan..lau pegi ke tandas awam tu..nak2 if benti kt tgh jln..
bro kos: tu la..shelakak btul makhluk itu..tenks..bro pown same...nak2 bro tu menjd perhatian ramai....kann..lau nk g mane2..ajak la charm ke..jnji berteman k...
salamss,
ada kes apa dlm tandas awam ppuan di ***** dgn kwn2 dia sndiri..hohoho..mana2 pun x selamat sudaa skrg ni.. ;p sama2 laa kita bhati2..beringat sebelum kena.. ;)
p/s:bkn ceramah ni abg..sukung sama pdpt abg..waaaaaahhh
waslam..
btul ke nebes???xtaw la plak citer tu..yg baru ke lame??tu la..skun mane2 da xslamat..btul tu nebes....
wkaka nebes..hakhak...tenks ya..
Post a Comment